Tuesday, 18 August 2015








Nukilan khas buat semua Perwira Negara. 
Terima kasih Perwira, terima kasih,
Jasa dan pengorbanan kalian sangat bernilai. 




Persatuan Kor Kadet Polis
SMK Kampung Nangka, Sibu
Tahun 2013

Syukur, masih diberi kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Kelab untuk sidang 2013/2014. 
Sungguh aku rindu. Kerinduan yang memang tidak dapat diluahkan melalui kata-kata :'(


Tadi dah cerita pasal pertandingan kawad di sekolah, Yang ni Pertandingan Kawad Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Sibu 2014.
 Mereka yang di dalam gambar itulah ahli-ahli kadet yang membantu aku membawa nama sekolah untuk menyertai pertandingan kawad di IPD Sibu. Terima kasih kepada semua :)





Ni gambar aku bersama-sama ahli kumpulan Ronda Panda Arah (RPA). Walaupun tak menang kawad, tapi kumpulan RPA Kategori Perempuan KNS dinobatkan sebagai Johan 4 tahun berturut-turut. Syukur kepada Tuhan. 




Ni gambar tahun lepas (2014) Pertandingan terakhir aku. Penyertaan terakhir dan hadiah terakhir yang aku sumbangkan untuk SMK Kampung Nangka, Sibu sebelum aku melangkah pergi meninggalkan sekolah tersebut. Tipu lah kalau aku cakap aku tak sedih. Apakan daya, perkhidmatan aku untuk Persatuan Kor Kadet Polis SMKNS cuma sampai tahun tu saja :')



Okay, sebelum tu. Minta maaf sebab jambul senget. Excited sangat nak bergambar :D Gambar ni tahun lepas jugak (2014) masa sukan sekolah. 
Ahli-ahli kadet kat belakang aku tu memang ahli kadet yang memang dah lali dengan maki hamun aku masa kawad :D Macam-macam aku buat kat dorang ni. Kena paksa cium tar panas, pastu kena push up kat atas tar panas. Kena berlari pusing padang. Tiap hari berkawad. Hujung minggu pun berkawad. Tapi memang perkara biasa lah kalau hujung minggu memang semua ahli Kadet Polis berkampung di IPD Sibu utk berkawad bersama-sama SJN Raja. Masih terngiang-ngiang di telinga aku ayat keramat Sjn Raja tu. "Makan nasi jadi taik" Asal kami buat salah masa kawad, memang sah ayat keramat tu akan keluar. Tapi takpa, maki hamun memang makanan seorang anggota pengaman. Kita ni BAKAL ya. (Amin) Ehek, takpa adik-adik. Kita sama-sama belajar. Meh aku pendekkan cerita. 
Syukur kepada Tuhan. Bila diumumkan keputusan perbarisan lintas hormat, Persatuan Kor Kadet Polis di bawah pimpinan Inspektor Kadet Habsah Johari dan Inspektor Kadet Lydia Wong dinobatkan sebagai JUARA! :)




Thursday, 13 August 2015


Kod Etika

SETIATaat setia yang tidak berbelah-bagi kepada Raja, Negara, Kerajaan dan pucuk pimpinan Pasukan.

BERDISIPLIN
Mengutamakan disiplin diri dan tugas pada setiap masa dengan tekun, tabah dan beramanah.

BERWIBAWA
Melaksanakan segala kewajipan dan kuasa-kuasa dengan tegas, berani, adil dan saksama.

PRIHATIN DAN MESRA
Sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra, cepat, betul serta terkini dan mengutamakan hak dan kepentingan masyarakat.

CEMERLANG
Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran, mengamalkan cara hidup sederhana, suci dan bahagia untuk mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang serta sikap positif dan proaktif bagi mewujudkan sebuah organisasi yang unggul dan peka terhadap perubahan semasa.

Sumber : Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia


Hala Tuju

Pemodenan & Pemantapan Organisasi 

Penekanan kepada struktur, prosedur & sistem bekerja; perolehan peralatan dengan penggunaan komputer; teknologi maklumat dan kaedah pengurusan terkini.
Penambahbaikan Imej Pasukan 

Penekanan kepada perkhidmatan yang profesional, cekap, berkesan dan mesra.
Peningkatan Mutu Perkhidmatan Berlandaskan Sumber Manusia Yang Komited, Beretika Dan Terlatih 
Penekanan kepada:
  • Skim latihan asas, pembangunan dan lanjutan
  • Skim perkhidmatan yang boleh menarik dan mengekal sumber manusia yang berkaliber dan berkelulusan tinggi
  • Skim kebajikan ke arah hidup yang mengutamakan kesihatan, nilai diri dan kesejahteraan kekeluargaan
Peningkatan jaringan kerjasama (networking) dengan lain-lain agensi kerajaan & bukan kerajaan, masyarakat tempatan (Community Policing) dan Pasukan Polis serantau dan antarabangsa dalam membendung dan mengatasi ancaman & masalah jenayah melalui kerjasama dua hala dan penglibatan dalam seminar-seminar berkaitan dengan perkembangan dalam bidang ilmu kepolisan.

Sumber : Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia








Sambutan peringatan Hari Polis akan diadakan setiap  tahun pada 25 Mac. 







Dasar Utama Polis Diraja Malaysia
Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 menggariskan :

Demi kedaulatan negara dan kesejahteraan masyarakat dan kewibawaan pasukan, kewajipan asasi anggota Polis Diraja Malaysia adalah :

  • Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman
  • Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia
  • Mencegah dan Mengesan Penjenayah
  • Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah 
  • Mengumpul Risikan Keselamatan

Sumber : Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia


Visi PDRM :

"PENERAJU BAGI MENGEKALKAN MALAYSIA SELAMAT, AMAN DAN SEJAHTERA"

Misi PDRM :

"MEMBERI PERKHIDMATAN PROFESSIONAL DAN BERKUALITI DALAM MELINDUNGI NEGARA BAGI MENJAMIN MASYARAKAT SELAMAT, AMAN DAN SEJAHTERA"


Sumber : Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia

Mengenai Polis Diraja Malaysia 

Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 113,426 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari tugas am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.


Sumber : Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia



 Kenali Ketua Polis Diraja Malayisa 


Tan Sri Dato' Khalid bin Abu Bakar
  • dilahirkan pada 5 September 1957 di Seremban
  • dilantik secara rasminya menjadi Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013 
  • Ketua Polis Negara yang ke-10
  • Mula berkhidmat dlm PDRM : 5 Disember 1976
Rekod Perkhidmatan bersama PDRM :

1. Insp dalam latihan latihan pulapol kl 05/12/1976 
2. Asp Insp Pasukan Bertindak Cawangan Anti Dadah JSJ Bukit Aman 04/07/1977
3. Asp Adc T/Kpn Pentadbiran Jab Pengurusan 13/08/1985
4. Asp dipinjamkan Pentadbiran Bhg D KL, KDN 05/06/1989
5. Dsp Peserta Kursus Latihan Universiti Islam Antarabangsa 27/06/1991
6. Dsp Menunggu Penempatan Latihan Bukit Aman 29/04/1995 
7. Dsp TPP Perlucuthak Harta Cawangan Anti Dadah JSJ Bukit Aman 02/05/1995 
8. Dsp Timb KJSJ (Cad) Caw Anti Dadah Johor 16/11/1995 
9. Dsp Tim Kjn (Narkotik) JSJN Kuala Lumpur 02/01/1996 
10. Supt P.T. Operasi/Siasatan JSJN Kuala Lumpur 02/09/1996 
11. Supt Ketua Jabatan Narkotik JSJN Kedah 16/10/1997 
12. Supt Pt Risikan Dlm Negeri JSJN Jabatan Narkotik 17/04/2000 
13. Supt Ketua Jab Pengurusan Pentadbiran Pahang 02/01/2003 
14. ACP Ketua Polis Daerah Pentadbiran Kuantan 28/06/2003 
15. ACP Ket Pen Peng (Risikan/Operasi) JSJN Jabatan Narkotik 02/08/2004 
16. SAC Ii Ket Pen Peng (Risikan/Operasi) JSJN Jabatan Narkotik 02/08/2004 
17. SAC II Ket Pen Peng(Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman 24/05/2005 
18. SAC II Ketua Polis Negeri Pentadbiran N.Sembilan 16/12/2005 
19. SAC I Ketua Polis Negeri Pentadbiran N.Sembilan 16/12/2005 
20. SAC I Timb Pengarah JSJ I JSJ JSJ Bukit Aman 01/11/2006 
21. DCP Timb Pengarah JSJ I JSJ JSJ Bukit Aman 01/11/2006 
22. DCP Ketua Polis Negeri Pentadbiran Selangor 02/07/2007 
23. DCP Pengarah KDNKA Jab KDNKA 25/10/2010 
24. CP Pengarah KDNKA Jab KDN/KA 25/10/2010 
25. Timbalan Ketua Polis Negara 15/04/2011

Tarikh Pangkat :

15/04/2011 DIG 
25/10/2010 CP 
01/11/2006 DCP 
16/12/2005 SAC I 
02/08/2004 SAC II 
02/01/2003 ACP 
01/01/1996 SUPT 
01/05/1989 DSP 
01/12/1986 ASP 
05/12/1976 INSP

Sumber : Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia


Polis Sedia Berkhidmat


Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan
Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

Sang Saka Biru


Berkibar Sang Saka Biru
Gagah Sentiasa
Pusaka Polis Di Raja
Inilah Azimat Kita

Lakar Biru Warna Mulia
Lambang Setia Kepada Negara
Obor Bakti Penggerak Jiwa
Nusa Bangsa Di jaga

Sang Saka Biru Bendera Kita
Berkibar Megah Setiap Masa
Bersatu Semua
Aman Jaya Negara

Tegas, Adil dan Berhemah


Tegas, adil dan berhemah
Ikrar pasukan bermaruah
Sentiasa sepakat mengatur langkah
Pertahan bumi bertuah

Di bawah naungan Diraja
Lambang kedaulatan nusa dan bangsa
Sumpah setia khidmat untuk negara
Pengaman adil saksama

Berkorban demi pertiwi
Kepada rakyat dicurah bakti
Jiwa murni berintegriti
Berhemah tinggi

Berkorban demi pertiwi
Kepada rakyat dicurah bakti
Berjiwa murni berintegriti
Berhemah tinggi 
Sedia curah bakti
Perwira paksi pertiwi









Pertempuran Komando Dengan Pengganas DiGubir

Biarpun orang menggelarnya sebagai Yaacob Kudung, namun, bagi bekas komando, Yaacob Hassan, 62, langsung tidak pernah berasa malu, marah ataupun berkecil hati.
Yaacob Komando Cerita Detik Pertempuran Dengan Pengganas Di Gubir
Bagi Yaacob, mereka yang memanggilnya dengan gelaran itu kebanyakannya tidak mengetahui kisah sebenar bagaimana dirinya boleh mengalami kecacatan kekal tersebut.
Anak kelahiran Kampung Manggol Kambing, Pendang, Kedah mula memasuki tentera selepas menjalani rekrut di Port Dickson pada 1970 ketika berusia 18 tahun.
Bagi Yaacob, minatnya dalam dunia ketenteraan memang ditanam sejak dari usia kecil lagi apatah lagi selepas mendapat galakan kedua ibu bapanya.
Selepas diserapkan ke dalam Rejimen 10 Melayu, Yaacob diberi kepercayaan untuk menggalas tugas dalam 21 Rejimen Gerak Khas (RGK) yang berpengkalan di Kem Komando Sungai Udang, Melaka.
Menyingkap kembali peristiwa yang menyebabkan beliau mendapat kecacatan tersebut, Yaacob berkata ia berlaku kira-kira jam 10 pagi pada 21 April 1976.
Ketika itu, beliau bersama 44 rakan daripada 21 RGK, ditugaskan untuk menawan sebuah perkampungan yang menjadi kem terbesar komunis di sempadan Thailand-Malaysia melalui Gerakan Gubir II.
Menurut Yaacob, tujuan operasi khas itu adalah untuk melumpuhkan kegiatan musuh yang dianggarkan seramai 1,000 orang.
Sebelum kumpulannya dihantar ke situ, katanya, pesawat F5E telah melancarkan serangan bom dari udara untuk melemah serta mengucar-ngacirkan pertahanan musuh.
Selepas itu, barulah pasukan yang Yaacob sertai dihantar menggempur kawasan tersebut menggunakan tiga helikopter.
"Ketika hendak mendarat, kami turun menggunakan tali, namun telah ditembak dari pelbagai penjuru oleh musuh.
“Syukur kami berjaya mendarat dengan selamat dan sempat mencari tempat perlindungan sebelum melancarkan serangan balas," katanya.
Beliau dan pasukannya bernasib baik kerana bilangan musuh ketika itu telah berkurangan kerana ramai yang telah berundur ke Thailand menggunakan terowong bawah tanah selepas diserang.
“Jumlah musuh yang memberi tentangan, lebih 200 orang. Bagaimanapun, akhirnya selepas bertempur selama kira-kira sejam, kem tersebut berjaya kami tawan,” katanya.
Yaacob berkata, selepas itu, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila seorang demi seorang rakannya terkena jerangkap samar ketika melakukan tugas penggeledahan.
Orang pertama terkena ialah Staf Sarjan Ahmad Jantan diikuti Trooper Hussin Mahbib. Kedua-duanya putus sebelah kaki. Selepas itu, barulah mereka sedar di sekeliling kem itu terdapat banyak jerangkap samar.
“Saya pernah diberitahu oleh seorang bekas komunis yang menyerah diri selepas itu, mereka telah menanam 7,000 butir jerangkap samar di situ pada 1970.
"Ekoran itu, kesemua mereka diarah supaya lebih berhati-hati di samping memusnahkan jerangkap samar yang dijumpai," katanya.
Pada masa sama, Yaacob telah ditugaskan membersihkan laluan yang akan digunakan untuk membawa Ahmad dan Hussin ke kawasan lapang bagi membolehkan helikopter membawa mereka ke hospital dengan segera.
“Ketika melalui lorong tersebut saya ternampak empat butir jerangkap samar dan berjaya mematikan kesemuanya. Apabila menghampiri kawasan lapang di bawah bukit, saya menemui sebutir lagi jerangkap samar jenis baru yang menggunakan bom tangan buatan Czechoslovakia.
“Semasa hendak menghampiri alat letupan itu menggunakan pisau, saya dapati ia sudah berasap. Tanpa diduga, alat itu tiba-tiba meletup,” katanya.
Akibat letupan itu, badan Yaacob tercampak sejauh tiga meter, tangan kanannya putus dan hancur manakala sebahagian tapak tangan kirinya turut mengalami nasib sama. Kening dan tepi dagu juga terkoyak. Mata kirinya menjadi rabun sehingga sekarang.
“Walaupun dalam keadaan cedera parah, saya masih sedar dan tidak merasa sakit langsung. Yang saya rasa hanyalah kebas sehinggalah dibawa ke hospital,” katanya.
Yaacob sebelum itu pernah terbabit dalam hampir 20 operasi termasuk bertempur dengan musuh sebanyak tiga kali.
Ekoran kecederaan tersebut, Yaacob terpaksa menjalani rawatan dan pemulihan selama lebih enam bulan di tiga buah hospital tentera.
Selepas bersara pada 1990, Yaacob menetap di Tanjung Keling, Melaka. Beliau kini meneruskan kehidupannya sebagai tukang kayu. Namun kini, dengan keadaan dirinya yang semakin berusia, tidak banyak pekerjaan dapat dilakukan selain hanya duduk di rumah.
Yaacob dikurniakan sembilan anak hasil perkahwinannya dengan isteri, Fatimah Salleh, 57. Katanya, dia tidak pernah menyesal memasuki tentera kerana mengalami kecacatan ini.
“Inilah bukti pengorbanan saya untuk agama, bangsa dan negara. Malah, perkataan menyesal tidak harus ada pada mana-mana anggota RGK.
“Kerana itulah saya terus menggalakkan anak agar mengikut jejak saya dan hasilnya, kini anak nombor tiga telah pun berkhidmat sebagai anggota tentera darat,” katanya.
Satu permintaan Yaacob, mahu kerajaan memandang golongan bekas tentera sepertinya yang pernah berjuang, menggadaikan nyawa demi maruah negara.
“Pada zaman kami tiada insurans kelompok dan faedah lain seperti mana yang diperoleh askar masa kini.
“Ketika saya mendapat kecederaan tersebut, kerajaan cuma membayar pampasan sebanyak RM2,000 sahaja. Ia berbeza dengan sekarang. Misalnya, anggota keselamatan yang bertugas Lahad Datu baru-baru ini, mereka mendapat pelbagai faedah,” katanya.
Yaacob berkata, sekarang, beliau cuma memperoleh pencen sebanyak RM820 serta bayaran elaun perubatan di atas kecacatannya yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,400 sebulan.
“Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan supaya bayaran elaun perubatan yang diberi dapat dimasukkan sekali dalam skim pencen disebabkan sekiranya meninggal dunia isteri saya mendapat jumlah yang lebih besar dan bukannya RM820.
“Sekiranya, kerajaan dapat memberikan bayaran pampasan khas lagi bagus, tetapi sekiranya tidak itu sahaja yang saya pinta kerana bekas askar yang mengalami kecacatan ketika era komunis seperti saya tidak ramai lagi disebabkan kebanyakannya sudah meninggal dunia,” katanya.
Sumber - Sinar Harian

  "Datang tak diundang"

69 Komando adalah nama sebuah unit dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang unik serta mempunyai keupayaan tempur jitu. Dalam kalangan umum, unit ini adalah unit yang penuh misteri dengan kelibat anggotanya yang jarang-jarang dapat dilihat. Kewujudan mereka di kawasan operasi pada tahun 70an dan 80an dibelantara menggusarkan pihak musuh kerana kepakaran tempur di hutan yang tinggi. Namun dalam lipatan sejarah Darurat II, sumbangan mereka jarang ditonjolkan sehingga ramai yang tidak tahu peranan kritikal yang dimainkan mereka.